Monday, March 2, 2009

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini didirikan pada tahun 1964 di bawah satu pentadbiran. Sebelum ini dikenali dengan nama Hill Street Primary English School. Guru Besar yang pertama ketika itu ialah Puan Mah PengWai.
Pada 16.1.1967 ia diasingkan kepada dua pentadbiran. Sekolah ini kemudiannya di kenali dengan nama Hill Street Primary English School (2), Kajang. Ketika itu bilangan gurunya adalah seramai 17orang dan seorang kerani. Manakala muridnya seramai 499 orang dan terdapat 12 bilik darjah.Sekarang sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Bukit, Kajang.

No comments:

Post a Comment